Saturday, 4 May 2013

Folio Geografi Tingkatan 3

 
Haii .. atas permintaan ramai . ewah macam ramai aje yang mintak pasal folio ni .. padahal 2 orang aje .. biasalah anak anak zaman sekarang nak apa apa mesti melibatkan internet . okay stop merepek . 
semua yang dekat bawah berkaitan dengan kerja khusus Folio Tingkatan 3 2013 .. 
siapa nak ambik .. ambik lah aku halal kan .. ewah ayat kalau nak islamik sikit




PENGHARGAAN

Saya  inign  mengucapkan  terima  kasih  kepada  Puan  Pengetua  SMK  Abdul  Jalil  ,  Puan  Fauziah  kerana  memberi  kebenaran  saya  menjalankan  kajian  geografi  tempatan  .  Ucapan  terima  kasih  juga  saya  tujukan  kepda  guru  mata  pelajaran  Geografi  ,  Puan  Ramlah  kerana  tunjuk  ajar  dan  bimbingan  untuk  menghasilkan  folio  ini  .

    Saya  juga  merakamkan  ribuan  terima  kasih  kepada  kedua  ibu  bapa  saya  ,  Zulkifli  Ahmad  dan Puan  Rajena  Suntol  kerana  memberi  bantuan  sumbangan  kewangan  .  Terima  kasih  juga  pada  rakan  sekumpulan  saya  ,  Ain Syahida  ,  Ummu Wahidah  ,  Affifah  Amirah  ,  Nisa  Faihanah  dan  Maisara  .

Akhir  sekali  ,  saya ucapkan  terima  kasih  kepada  penduduk  Kampung  Dusun  Tua  dan  pemandu  bas  syarikat  Rapid  En.Saiful  Amri  kerana  memberi  kerjasama  untuk  melaksanakan  folio  kajian  .





PENDAHULUAN

        Saya  telah  memilih  tajuk  kajian  muka surat depan  sebagai  tajuk  kajian  saya  .  Kawasan  Hulu Langat  dipilih  sebagai  kawasan  kajian  kerana  di  sini  terdapat  banyak  kemudahan  awam  seperti  bas  ,  teksi  dan van  .  Kawasan  ini  juga  di diami  ramai  penduduk  anggaran 2000 ribu  orang  juga  memerlukan  dan  bergantung  kepada  pengangkutan  awam  untuk  pergerakan  mereka  .

        Saya  berjaya  melengkapkan  kajian  ini  selama  8  minggu  .  Saya telah  menulis  laporan  kajian  ini  dan  selesai  pada  bulan  Mei



OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang
Adalah  untuk  mencapai  objektif  berikut  ;
Dapat  mengenal  pasti  konsep  pengangkutan  awam .
Dapat  menyatakan  dan  menghuraikan  jenis-jenis  pengakutan  awam .
Dapat  menyatakan  dan menghuraikan  kepentingan  pengangkutan  awam .
Dapat  menyatakan  dan  menghuraikan  masalah  perkembangan  awam .
Dapat  mencadangkan  dan  menghuraikan  masalah  pengangkutan  awam
Saya  dan  penduduk  di Kampung  Dusun  Tua  bersyukur  kerana  dengan  adanya  pengangkutan  awam  telah  memudahkan  mobiliti  kami  ke  kawasan  lain  dan  memberi  pelbagai  impak  positif  kepada  saya  dan  penduduk  di sini .


KAEDAH KAJIAN

Saya  menggunakan  beberapa  kaedah  dalam  menjayakan  kajian  ini  :

Kaedah  Pemerhatian .
              Saya  membuat  pemerhatian  jenis  -  jenis  pengangkutan  awam  di         
              Kampung  Dusun  Tua
       2. Kaedah  Soal  Selidik
               Sebanyak  20  orang  respondan  telah  saya  temui  untuk  menjawab   
               borang  soal  selidik  yang  saya  reka  .  Dalam  borang  tersebut 
               terdapat  soalan  tentang  kepentingan  ,  masalah  dan  cara  
               mengatasi  masalah  pengangkutan  awam
        3. Kaedah  Rujukan
               Saya  telah  menggunkan  internet  dengan  membuat  rujukan   
              Wikipedia  ,  bagi  mencari  definisi  dan  huraian  tentang  konsep 
               pengangkutan  awam







KAWASAN KAJIAN

Kawasan  kajian  saya  terletak  di Kampung  Dusun  Tua . Kawasan  ini  terletak  di daerah  Hulu Langat  iaitu  salah  satu  daerah  dalam  jajahan  Negeri  Selangor  Darul  Ehsan  .  Di  kawasan  Hulu  Langat  ini  terdapat  banyak  taman  perumahan  dan  perkampungan  seperti  Taman  Nanding ,  Taman  Lagenda  Suria ,  Taman  Desa  Sentosa , Kampung Dusun Tua dan Kampung Seberang .  Pandang  darat  fizikal  kawasan  ini  terletak  di  kawasan  pamah  yang  rata  dan  sesuai  untuk  di  bina  pengangkutan  dan  petempatan  .  Oleh  sebab  itu  ,  kawasan  ini  menjadi  tumpuan  penduduk  untuk  menggunakan  pengangkutan  awam  .
       Jarak  mutlak  antara  Batu 15 ke   bandar Kajang  ialah  10 km .  Jarak  relatif  dari  masa  yang  diambil  dengan  bas  adalah  lebih  kurang  40 minit  .








DAPATAN KAJIAN

 6.1 Konsep  Pengangkutan  Awam  di  Kampung  Dusun  Tua
Definisi Pengangkutan Awam

Berdasarkan  Wikipedia  , pengangktan  awam  merangkumi  segala  sistem  pengangkutan  yang  mana  penumpang  tidak  bergerak  menggunakan  kenderaan  sendiri 

Menurut  kamus  dewan  dan  pustaka  edisi  keeempat  pula  pengangkutan  awam  dapat  didefinisikan  sebagai  sisitem  pengangkutan  bermotor  seperti  teksi  ,  bas  dan  kereta  api  yang  digunakan  oleh  orang  ramaai  di  kawasan  tertentu  dengan  kadar  tambang  yang  telah  ditetapkan

Berdasarkan  blog  http://farahsosialwork.blogspot.com  , pengangkutan  awam  juga  merupakan  pengangkutan  yang  disediakan  oleh  pihak  awam  yag digunakan  yang  disediakan  oleh  pihak  awam  yang  digunakan  oleh  orang  ramai  dan  dikenakan  bayaran  .  Pengangkutan  awam  biasanya  di  kawal  sebagai pengangkutan  umum  dan  biasanya  dikonfigurasikan  untuk  menawarkan  perkhidmatan  berjadual  dalam  laluan  tetap  tanpa  tempahan  .  Kebanyakkan  penumpang  bergerak  dalam  lingkungan  kawasan  tempatan  di antara  rumah  mereka  dan  tempat  kerja  ,  pusat  beli - belah  atau  pendidikan  .

Pengangkutan  awam  sangat  penting  di Kampung  Dusun  Tua  ,  terutamanya  mereka  yang  tidak  mempunyai  pendapatan  sendiri  pelajar  sekolah  atau  bagi  mereka  yang  berpendapatan  rendah  yang tidak  mampu  memiliki  kenderaan  sendiri  .  Kebanyakkan  pengguna  pengangkutan  awam  bas  seperti  pelajar  sekolah  ,  pekerja  kilang  dan  suri  rumah  untuk  pergi  ke  sekolah  ,  tempat  kerja  an  membeli  barang  keperluan  harian  .


6.2 Jenis  Pengangkutan  Awam

Melalui  kaedah  pemerhatian  yang  dijalankan  didapati  jenis  pengangkutan  awam  di  Kampung  Dusun  Tua  ialah  bas  dan  teksi  .  Perkhidmatan  bas  yang  terdapat  di sini  ialah  bas  henti - henti  . Bas  kilang  dan  bas  sekolah  .  Pengangkutan  bas  sekolah  penting  terutama bagi  pelajar  yang  memerlukan  pengangkutan  ini  untuk  ke sekolah  setiap  hari  .  Manakala  bas  berhenti  -  henti  penting  bagi  suri  rumah  untuk  membeli  barang  keperluan  harian

Pengangkutan  bas  sekolah  yang ada  di  kawasan  kajian  membawa  pelajar  sekolah  pada  hari persekolan  iaitu  hari  Isnin  hingga  hari  Jumaat pada  waktu  pergi  dan  pulang  ke  sekolah  .  Manakala  bas  henti  henti  di sini  adalah  Bas  Rapid  ,  KL  mengikut  laman  dari  Kuala  Lumpur  ke Pangsun / Sg . Lui  .  Masa  yang diambil  untuk  menaiki bas  dalam  jarak  masa  yang  diambil  .

Teksi  pula  penting  bagi  mereka  yang  memerlukan  perkhidmatan  awam  segera  kerana  boleh  terus  sampai  ke destinasi  atau  hadapan  rumah  mereka  .

6.3  Kepentingan  Pengangkutan  Awam  di Dusun Tua ,  Hulu  Langat

Kepentingan  pengangkutan  awam  di Dusun Tua  ,  Hulu Langat
1. Mengangkut  penumpang
Melalui  pemerhatian  ,  saya  mendapati  bahawa  pengangutan  awam  di Dusun  Tua  ,  Hulu  Langat  penting  untuk  mengangkut  penumpang  dengan mengunakan  bas  henti  -  henti  untuk  pergi  dan  pulang  sekolah  .  Jika  keadaan terdesak  perkhidmatan  teksi  akan  digunakan  kerana teksi  boleh terus  sampai  ke  destinasi  dan  cepat

2. Mengurangkan  kesesakan  lalu  lintas
Melalui  pemerhatian  yang  dilakukan  ,  saya  dapati  dengan  menggunakan  pengangkutan  awam  bas  akan  mengurangkan  kesesakan  lalu lintas  .  Apabila  penduduk  di  Dusun  Tua  ,  Hulu Langat  . Menggunakan  pengangkutan  bas  ini  kerana  mengurangkan  penggunaan  kenderaan  seperti  kereta  di  jalan  raya  .  Kapasiti  sebuah  bas  dapat  memuatkan  40  pnumpang  dan  ini akan  mengurangkan  penggunaan   kenderaan di  jalan 
raya

3. Menjimatkan  kos
Melalui  pemerhatian  ,  saya  mendapati  bahawa  dengan menggunakan  pengangkutan  awam  boleh  menjimatkan  kos  . Tambang  pengangkutan  bagi  seorang  pelajar  ialah  RM 0.50 sahaja  .Jika  menggunakan   kenderaan  sendiri  ,  ia memerlukan  perbelanjaan yang besar  berbanding  dengan  penggunaan  pengangkutan  awam.

4. Meningkatkan  Mobiliti  Penduduk 
Saya  sebagai  penduduk  di  Dusun  Tua , Hulu langat  amat  bersyukur  kerana  dengan  adanya  pengangkutan  awam  bas  telah  menguntungkan  saya  dan  pemandu  bas  dari  segi  memudahkan  untuk  pergerakan  ke suatu  tempat  dan  mengurangkan  kesesakan  lalu  lintas  di  kawasan  kajian


6 . 4  Masalah  Pengangkutan  Awam  di  Kawasan  Kajian

Masalah  pengangkutan  awam  di  Dusun  Tua  adalah  seperti  berikut  ;

1.  Pencemaran  udara
      Melalui  pemerhatian  ,  saya  mendapati  bahawa  pengangkutan  awam  akan  meningkatan  pencemaran  udara  .  Lebih -  lebih  lagi  pengangkutan  awam  menggunakan  minyak  diesel  yang  mengeluarkan  banyak  asap  berbanding  minyak  petrol  tanpa  plumbum  yang  lebih  bersih  ,  penggunaan  minyak  diesel  akan  menambah  pengeluaran  carbon  dioksida  yang  akan  mencemarkan  udara  dan  menjejaskan  kesihatan  penduduk  .
2.  Pencemaran  bunyi
     Melalui  pemerhatian  saya  juga  sepanjang  menggunakan  pengangkutan  awam  ,  pemandu  pengangkutan  awam  terutama  bas  yang  gemar  membunyikan  hon  yang  kuat  sehingga  menyebabkan  pencemaran  bunyi  .  Bunyi  bising  ini  boleh  menganggu  keselesaan  peduduk  di  kawasan  ini .
3.  Kesesakan  lalu  lintas
     Melalui  pemerhatian  saya  ,  pemandu  bas  dan  teksi  memulakan  operasi  mereka  seawal  6:00  pagi  untuk  mengangkut  penumpang  .  Pada  masa  ini  , 6:30  -  7:30 di anggap  sebagai  wakyu  puncak  bagi kesesakan  lalu litas  di  lokasi  kajian  saya  .  Bas  sekolah  akan  menimbulkan  kesesakan  lalu  lintas  apabila  berhenti  mengambil  penumpang  sesuka  hati  di  lokasi  yang  tidak  sepatutnya .
4.  Penipuan
    Melalui  pemerhatian  saya  ,  pada kadang  -  kala  pemandu  bas  menggunakan  cara  kotor  untuk  mendapatkan  tambang  bas  dengan  menipu  kos  tambang  bas  mengikut  lokasi  penumpang  . Pemandu  bas  tidak  sepatutnya  menipu  penumpang  untuk  mendapatkan  wang  lebih  .
5.  Kemalangan
    Melalui  pemerhatian  saya  , kebanyakkan  kemalangan  melibatkan  bas  . Hal  ini  kerana  pemandu  bas  tidak  mendapatkan  rehat  yang  secukupnya  .  Pemandu  bas  perlulah  mendapatkan  rehat  yang  secukupnya  untuk  menjalankan  tugas  .
6.  Keselamatan  penumpang 
    Melalui  pemerhatian  saya  ,  sesetangah  pemandu  bas  tidak  mementingkan  keselamatan  bas  kerana  membawa  bas  dengan  had  laju  .  Keselamatan  penumpang  sepatutnya  menjadi  perkara  utama  pemandu   semasa   membawa  bas  .




(buat peta minda berdasarkan masalah pengangkutan awam)




Rajah   menunjukkan  masalah  pengangkutan  awam  di   Dusun  Tua .

 
Saya  sebagai  penduduk  di  Dusun  Tua  tetap  bersyukur  walaupunn  terdapat  banayak  masalah  pengangkutan  awam  di  lokasi  kajian  ,  namun  pengangkutann awam  terutama  bas  banyak  membantu  penduduk  bergerak  ke  temapat  lain

 
 
 
6 . 5  Cadangan  untuk  mengurangkan  masalah  perkembangan  pengangkutan  awam  di  lokasi

1 .  Pendidikan  Alam  Sekitar
     Melalui  kaedah  temu  bual  ,  saya  mendapati  bahawa  pendidikan  alam  sekitar  penting  dilaksanakan  bagi  mengurangkan  masalah  pencemaran  udara  .  Pendidikan  alam  sekitar  boleh  dilakukan  oleh  pihak  sekolah  Puan  Ainah  atau  Majlis  Perbandaran  Kajnag  melalui  ceramah  kepada  pemandu  kenderaan  untuk  menjaga  alam  sekitar  .
2 .  Penggunaan  petrol  tanpa  plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang

3.  Penapis  asap
Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.


4 . Penggunaan  bahan  api  alternatif  (W G V  ,  elektrik  dan  suria  )
Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria. 






Nilai  Murni
 
 
 
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan telah menyediakan pengangkutan awam untuk kawasan kajian walaupun terdapat kekurangan tetapi penduduk di Kampung Dusun Tua amat berterima kasih kepada pihak kerajaan . Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ...  Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.








Rumusan
          
 
 
 
Sebagai  kesimpulan  ,  jenis  pengangktan  awam di  Dusun  Tua  ialah  pengangkutan  bas  .  Pengangkutan  bas  mempunyai  banyak  kepentingan  iaitu  mengangkut  penumpang  ,  mengurangkan  kesesakan  lalu  lintas  ,  menjimatkan  kos  ,  dan  meningkatkan  mobiliti  penduduk .
      Kajian  ini  juga  mengenal  pasti  masalah  pengangkutan  awam  iaitu  pencemaran  udara  ,  pencemaran  bunyi  ,  penipuan  ,  kemalangan  dan  kesesakan  lalu  lintas  .
      Saya  juga  mencadang  beberapa  langkah  untuk  mengatasi  masalah  iaitu  pendidikan  alam  sekitar  ,  penggunaan  petrol  tanpa  plumbum  ,  penapis  asap  /  catalytic  converter  ,dan  menggunaan  bahan  api  alternatif  ( W G V  ,  eletrik  ,  suria )
        Terdapat  banyak  nilai  yang  saya  pelajaari  dalam  kajian  ini  .  Antara  nilai  tersebut  ialah  mencintai  alam  sekiat  ,  bersyukur  dengan  kemudahan  pengangkutan  di  lokasi  kajian  dan  sifat  bertanggungjawab   .
Rujukan cikgu belum bagi lagi .. kena buat sendiri .. 
sekian ini sahaja dari saya ..
Renung renung kan dan selamat beramal ... ~

1 comment: